Quantcast
Channel: Life is colorful
Viewing all 281 articles
Browse latest View live

Ambal (Pepahat) Masak Lemak... Aidilfitri@ Kuching 2013

$
0
0


Hari ni nak kongsi resepi Ambal Masak Lemak. Kalau saya masak ambal, maksudnya saya balik rumah mertua di Sarawak.

Pada Hari Raya ke-5 (12 Ogos 2013), kami berlepas dari KLIA untuk beraya di Sarawak pula. Tahun ini merupakan tahun pertama kami beraya di kedua-dua kampung. Budak-budak pun happy sebab cuti yang panjang dan sebab dapat naik kapal terbang hehehe...




Semasa perjalanan menuju ke Asajaya, ada kelibat orang menjual ambal. Maka, saya minta Mr. Hubby beli sekilo ambal. Dan, kali ni saya nak cuba buat Ambal Masak Lemak. 

Mungkin bunyi resepi ni agak aneh untuk orang-orang Sarawak sendiri. Ini kerana, mak mertua saya pun menunjukkan wajah yang agak gusar ketika saya menyuarakan perkataan `masak lemak'. Saya terfikir nak masak lemak sebab saya terbayang siput sedut masak lemak yang lazat. Ambal/pepahat juga sejenis siput kan? Mesti sedap juga masak lemak. 



bawang merah je pakai, bawang putih x pakai


Bahan-bahan

400-500gm ambal (bersih dan tos)
sekotak santan 200ml
1 1/2 cawan air (boleh tambah lagi kalau suka kuah banyak, tapi jangan banyak sangat)
4-5 biji cili padi (bergantung kepada tahap kepedasan yang anda suka)
4 ulas bawang merah (saiz kecik)
1/2 - 1sk serbuk kunyit (bergantung kepada tahap kekuningan yang anda suka)
garam secukup rasa
serbuk perasa (ajinomoto) secukup rasa


Cara-cara

Tumbuk bawang merah dengan cili api sehingga lumat.




Panaskan santan dan air dalam kuali. Masukkan bahan tumbuk. Masukkan serbuk kunyit. Kacau sehingga mendidih.




Masukkan ambal. Kacau sehingga ambal agak masak (tak lama tau 5-8 minit je). Masukkan garam dan serbuk perasa secukup rasa. Dan dah siap pun apabila rasa masakan ni pedas, masin, manis (manis siput & santan) serta berlemak. 





Laku tau Ambal Masak Lemak ni. Semua orang makan dan kata sedap. Memang sedap pun:)




Sekian. 




Muzium Kucing yang penuh dengan Kucing! (Cat Lovers!!!)

$
0
0
Kenapa tak ada sesiapa yang beritahu saya?!


Pintu Masuk Muzium Kucing!


Rupa-rupanya kat Malaysia ni ada Muzium Kucing! Yup Kucing! Kucing yang meow meow tu la.. Wah, macam tak percaya sungguh. Ingatkan di luar negara je yang suka koleksi benda-benda pelik. Di Malaysia pun ada! 

Makanya, tahun ini, buat pertama kalinya dalam sejarah hidup, saya melawat ke Muzium Kucing! Kepada yang tak tahu (macam saya), Muzium Kucing terletak di Aras Bawah, Bangunan  DBKU, Kuching Sarawak. 





Ada macam-macam koleksi yang berkaitan dengan kucing di sini. Menarik sungguh tau. Jom kita tengok apa ada dalam muzium ni.


Untuk melawat ke muzium ni, tak ada bayaran masuk yang dikenakan. Cuma ada bayaran untuk penggunaan kamera. 




Mula-mula kita posing dulu.


Kakak & Adik kucing



Bapak & Anak Kucing

Ada banyak barang-barang perhiasan/koleksi kucing yang dipamerkan. Hasya dan Khayra yang memang peminat kucing teruja berada dalam muzium ni. 










Happy!


Ada juga lukisan-lukisan kucing.

















Setem dan poskad kucing.





Bingkai gambar kucing.




Ada pusara kucing.




Gua kucing.








Banyak lagi... wah3x....





Kucing yang diawet

Hello Kitty!

Garfield





Budak-budak terlebih aktif.







T-shirt kucing juga boleh dibeli. 




Akhir kata, bergambar kenang-kenangan sebelum pulang...






Sekian.

In between Kemaman & Cherating (Part I).. Warung Aziz Satar & Impiana Resort

$
0
0
Saya baru sahaja berhujung minggu di Kemaman dan Cherating. Kali ini destinasi sebenar adalah Kemaman. Tujuan pula adalah untuk hadir pada Majlis Merdeka Raya Parlimen Kemaman.  Oleh kerana Cherating dan Kemaman bersempadan, maka kami menginap di Impiana Resort Cherating. 

Hmmm... Nampaknya, saya dah menulis mengenai Cherating sebanyak 2 kali dan entry ini merupakan entry ketiga. Justeru, tidaklah saya mahu mengulang-ulang cerita. Makanya, mana-mana pengulangan tempat makan dan penginapan tidak akan saya masukkan, sebaliknya menerusi entry ini, saya akan tulis sesuatu yang tidak pernah saya kongsi.

Makanya, saya akan mulakan dengan Warung Aziz Satar di Kuala Kemaman, Pahang. Inilah destinasi pertama kami (saya, my bos, fiza dan syah) di Kemaman-Cherating ni. Kami tidak ke hotel dulu memandangkan perut terasa lapar dan keinginan yang membuak-buak untuk mengudap keropok lekor dan satar.


Nama tokey kedai: Aziz bin Awang.
Manakala `Satar' itu adalah sejenis makanan hehehe...


Warung yang memang popular ini memang penuh dengan pelanggan. Nasib baiklah banyak meja disediakan.


Warung Aziz Satar


Pelbagai kudapan untuk minum petang boleh anda nikmati di sini. Tapi, untuk dapatkan satar dan pais, anda perlu bersabar sedikit. Ramai orang tunggu satar tau.


pilih mana berkenan 

tukang bakar satar yang busy


Sedap ke satar ni?


10 biji satar

Fiza mengopek satar
close-up satar

Syah sedang makan satar


Selain daripada satar, kami juga menggemukkan diri dengan mengudap goreng-gorengan lain yang lazat.


sotong celup tepung

udang celup tepung

keropok lekor


Selesai menjamu selera, hari sudah semakin gelap. Tanpa berlengah, kami meninggalkan Warung Aziz Satar untuk daftar masuk ke Impiana Resort Cherating. 


Lobi Impiana Cherating



Bilik di Impiana ini sungguh cantik dan memanggil-manggil kami untuk merehatkan diri.


Ruang masuk 


ruang beradu yang menawan

ruang rehat dan menonton


Dah gelap, esok baru boleh ambil gambar di luar

Ruang almari dan penyimpanan kasut

Bilik air yang cantik





Malangnya, malam ini ada majlis makan malam yang harus dihadiri. Mungkin saya terlalu letih (dan berlebih-lebihan) kerana menggunakan perkataan `malang' sebentar tadi. Sebenarnya, makan malam ini tidak malang sama sekali kerana kami akan menghadapi cabaran kegemukan. Ya, diet sihat kami akan tercabar dan dicabar dengan hidangan Maggi Ketam! Maggi Ketam? Wah.. Wah.. Wah....

Bersambung di Part II.

In between Kemaman & Cherating (Part II).. Maggi Ketam & Merdeka Raya!

$
0
0
Bersambung dari Part I.

Pernah makan Maggi Ketam? Saya sebelum ni memang tak pernah. Setahu saya Mee Segera Maggi tu memang tak ada perisa ketam. Kalau beli ketam pun, saya tak terfikir nak masak dengan Mee Maggi. Kesimpulannya memang tak pernah rasa. 

Justeru, apabila mendapat tahu yang saya akan berhadapan dengan Maggi Ketam, saya mula rasa amat teruja sekali. Macam mana ek agaknya rupa Maggi Ketam ni? Adakah penuh dengan isi ketam? Atau ada seekor ketam? Atau beberapa ekor ketam? Wah.. Wah.. Wah...

Dan rupa-rupanya, beginilah indahnya hidangan makan malam ini.




Tokey Maggi Ketam yang baju putih tu 

Nak pilih yang mana ek?

yang ni ok tak?



Maggi ketam saya sedang dituang kuahnya

Posing sebelum makan.





Dan mari kita lihat secara close-up.


sebelum disentuh

Maggi, Ketam dan ada seafood yang lain seperti sotong dan lala


Seindah rupanya, Maggi ketam ni memang awesome! Cepat kenyang sebab portionnya yang banyak. 


saya dah kopek ketam tu. Wah isi yang banyak!

FYI, kami makan Maggi Ketam ni di Holiday Villa Cherating. Pak Menteri adakan makan malam tertutup untuk tetamu-tetamu Majlis Merdeka Raya yang datang dari jauh. Walau bagaimanapun, saya tidak pasti bagaimana untuk dapatkan hidangan istimewa ini pada masa-masa akan datang:)


Makanya, malam itu memang tidur nyenyak kerana kenyang dan letih yang amat. Sudahlah penat, hujan yang turun seawal subuh juga menyebabkan kami rasa sungguh selesa untuk terus tidur sehingga ke pagi. Meskipun, matahari pagi sedikit sahaja memancarkan sinarannya, kami harus juga bangun untuk berada di Kuala Kemaman untuk program hari ini.

Lopak-lopak air

Pagi di Impiana Cherating


Dah siap untuk beraya

Fiza dengan bos

Posing kenang-kenangan


Sebelum meninggalkan Impiana, mata saya tertarik pada pintu tandas di hotel ini. Pakcik dan Makcik hehehe.. Kemelayuan sungguh.










Dan jam 8.30 pagi kami dah berada di dataran Kuala Kemaman untuk Majlis Merdeka Raya Parlimen Kemaman.



Persembahan

Ramai sungguh orang

Menjelang jam 11.30 pagi, waktu makan telah tiba. Selain daripada 34 gerai yang menyediakan pelbagai juadah untuk tetamu, ada juga meja-meja disediakan untuk makan berhidang. 



Ada buah-buahan tempatan

Durian!
Fiza mula menceduk durian

Makan durian dengan sudu dan garfu? Hehehe

Dan juadah-juadah yang lain juga.

Lauk-pauk makan dengan nasi minyak, lemang & nasi impit

Encik Zainal, Encik Zubad dan peg dari SKMM.

Sebenarnya juga, perjalanan kami tidak berakhir di Kemaman. Lewat petang ini kami akan ke Bukit Gambang Resort City untuk Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan. Tapi, saya akan buka entry lain. Almaklum entry ini `in between Kemaman-Cherating'. 

Selamat Hari Raya kepada semua. Mesti korang pun terlebih makan macam saya juga. Open house sana, open house sini hehehe...

Sekian.

Cempedak Goreng Rangup.. (dah musim cempedak kot hehehe)

$
0
0


Minggu lepas ada orang hantar cempedak kat Pejabat My Bos. Oleh kerana insan yang baik hati tu hantar beberapa biji cempedak, maka, dapatlah kami beberapa orang ni bawa balik sorang sebiji cempedak.

Saya memang tak tahu nak masak apa cempedak ni kecuali goreng je. Jadi, goreng cempedak jelah ye. 





Bancuhan tepung untuk gorengan ni saya ikut resepi dari  ez_2901 di My Resepi. Memang rangup cempedak goreng saya. 

Bahan-bahan

Cempedak secukupnya
1 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
1sk garam
1sk serbuk kunyit
air secukupnya (guna air dari peti sejuk)
minyak untuk menggoreng

Cara-cara

Panaskan minyak. Masukkan tepung, garam dan kunyit dalam bekas adunan. Masukkan air sedikit demi sedikit dan gaul hingga sebati. Adunan jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair.




Ambil 2 sudu besar minyak panas dan masukkan dalam adunan tadi. Kacau rata.




Masukkan cempedak. Celup supaya disaluti bancuhan tepung.



Masukkan satu persatu ke dalam minyak. Goreng sehingga garing. 



Angkat dan toskan. Dan silalah makan panas-panas.



Puas makan cempedak.




Sekian.


Cucur Jagung Rangup

$
0
0


Pagi tadi saya buat Cucur Jagung. Senang je buat cucur ni. Guna jagung manis dalam tin. Sedap bila kunyah jagung manis tu. Memang manis. 

Saya kalau buat cucur, suka buat yang adunannya cair sedikit. Kalau pekat, kuranglah rangupnya. Bila cair, boleh gorang garing-garing. Sebab cair, jadi tak bulatlah cucur ni. Bentuknya leper-leper je sebab sudukan adunan ke dalam minyak panas. Tapi memang rangup dan sedap. Jom tengok resepi.

Bahan-bahan

2 cawan tepung gandum
1 tin (200gm) jagung manis 
(guna semua isi dalam tin termasuk airnya)
1sk garam
1/2sk serbuk kunyit
1 1/3 cawan air (pandai-pandailah adjust)
1/2 batang cili merah (cincang)
seulas bawang merah kecil (cincang)


Cara-cara

Gaul tepung dengan jagung (airnya sekali) dalam mangkuk. Masukkan garam dan serbuk kunyit. 



Masukkan air sedikit demi sedikit dan gaul rata. Kalau suka rangup, biar cair sedikit tapi jangan cair sangat.




Masukkan cili dan bawang. Gaul lagi.




Panaskan minyak dalam kuali. Sudukan bancuhan dan goreng sehingga garing.



Angkat dan toskan. Hidang.



Sedap dicicah dengan sos cili.


banyak jagung



Sekian.

Almondy Tarta ada yang White Choc! at Ikea

$
0
0
OMG, can u resist this?!!


Ini bukan kek yang baru saya makan semalam. Hari tu lagi saya dah makan. Dah jadi lemak-lemak di badan. Tapi bila belek-belek kamera, terjumpa pula foto seslice kek yang memang lazat ni. 



Sebelum ni saya pernah kongsikan keheavenan makan Almondy Tarta Dark Choc di Ikea. Sekarang dah ada versi White Choc! Awas kepada semua peminat White Choc!

Ouch! Memang sedap la!


Memang manis, berkrim dan menawan hati. No wonder berat badan semakin berat dan bukannya semakin ringan. Hehehehe.. Must try dessert!

Sekian. 

Melaka River Cruise.. Menyusuri Sungai Melaka (Part I)

$
0
0
Hari Malaysia 2013 tempoh hari, kami sekeluarga ke Melaka. Tak ada dalam perancangan pun untuk ke Melaka. Malah, kami tak ada perancangan pun untuk ke mana-mana. Namun, apabila teringat yang anak-anak akan bosan tanpa aktiviti baru, maka saya gagahkan juga untuk merancang sesuatu. Makanya tempahan saat akhir di Avillion Legacy Melaka dibuat untuk 1 malam. 

Dan pada Ahad 15 September, kami bertolak ke Melaka. Perjalanan mengambil masa kurang 2 jam dan destinasi pertama tentunya ke tempat penginapan kami. 




Bilik di Avillion Legacy Melaka

Tentunya aktiviti wajib petang itu adalah meneman budak-budak untuk mandi di kolam renang (maaf tiada foto). Justeru, kami hanya keluar untuk melihat Bandar Melaka pada sebelah malam. 

Lewat petang, kami singgah ke Jonker Walk. 


Pintu gerbang masuk ke Jonker Walk




Kami menjamu mata melihat barangan yang dijual di sini. Kebetulan ada pasar malam pada setiap hujung minggu. Gerai-gerai menjual pelbagai barangan dan makanan  memeriahkan jalan yang dihuni oleh deretan kedai 2 tingkat.  


Dua budak nakal sedang dipimpin oleh Mr. Hubby



Ada Mainan

Makanan

Salah sebuah restoran di jalan ini
 
ada pula orang yang sudi menghiburkan pengunjung


Kami juga sempat berjalan-jalan di Jonker Walk World Heritage Park.






ada tugu tokoh bina badan


Tanpa membeli apa-apa di Jonker Walk, kami terus ke tepian Sungai Melaka. Sasaran kami untuk menaiki bot yang dikenali sebagai Melaka River Cruise. Meskipun perkhidmatan bot ini telah bermula dari tahun 2008 lagi, namun inilah kali pertama kami dapat melihat sendiri tarikan pelancongan yang amat popular di Melaka ini. 

Kami memilih untuk meletakkan kereta berdekatan dengan Stesen Perhentian (salah satu stesen bot). Kemudian, kami menelusuri Sungai Melaka untuk ke Muara Sungai yang berdekatan dengan Muzium Samudera. Niat kami untuk menaiki bot dari Muara Sungai ke Taman Rempah Ratus. 


Cantik


Melaka River Cruise

Ada Cafe di sepanjang sungai


Wah ada HRC!

Hasya

Casa Del Rio


Malangnya, barisan pengunjung yang menunggu giliran untuk menaiki bot sungguh panjang. Betullah kata rakan-rakan bahawa pengalaman waktu malam menaiki bot ini adalah lebih indah dan lebih istimewa. Ini berikutan laluan di sepanjang sungai yang diterangi dan dihiasi lampu kelip-kelip berwarna-warni. Faktor ini mempengaruhi pengunjung untuk menaiki bot pada sebelah malam.


Panjang beraturnya


Maka, tidaklah dapat kami menyusuri Sungai Melaka menaiki bot pada malam hari. Kami mula merancang untuk bangun awal pagi dan mencuba nasib pada esok hari. FYI, ada 2 pengangkutan unik lain yang boleh anda naiki untuk melihat keindahan Bandar Melaka iaitu beca dan bas 2 tingkat.


boleh naik beca

boleh naik bas double decker, ala2 NYC

Bersambung.


Melaka River Cruise.. Menyusuri Sungai Melaka (Part II)

$
0
0
Bersambung dari Part I.

Esok paginya, kami bangun agak awal. Selepas bersarapan, kami terus check out dan menuju ke Bandar Melaka. Destinasi pertama tentunya ke Muara Sungai untuk menaiki Melaka River Cruise. 


Dah beli tiket

Beratur

Jumlah pengunjung yang beratur menanti bot tidak seramai malam tadi. Tidak lama beratur, kami sudah berada atas bot untuk merentasi Sungai Melaka yang bersejarah ini. Maka bermulalah laluan kami menyusuri sungai.






Sepanjang sungai, terdapat deretan bangunan unik. Mata tidak jemu melihat di kiri kanan sungai. Bot ini turut melalui 7 jambatan yang mempunyai sejarahnya yang tersendiri.



pemandangan yang indah

Melalui jambatan

jambatan

bangunan yang dilukis






Sepanjang perjalanan ini juga, mata kami terlihat beberapa kali biawak yang sedang berenang atau merangkak di atas batu-batu di tepian sungai.


Nampak tak biawak?

Selesai perjalanan selama 40-45 minit ini, kami sebenarnya berasa amat letih. Namun Hasya masih bertenaga dan teruja untuk ke Muzium Samudera/Maritim. 




FYI, Muzium unik ini berbentuk kapal dan dibina berdasarkan reka bentuk Kapal Portugis `Flor De La Mar'. Kapal inilah yang digunakan oleh Alfonse de Albuquerque untuk menjajah Melaka pada 1511. RM3 je bayaran untuk masuk dalam kapal ini bagi dewasa. Khayra seperti biasa FOC.


Mr. Hubby & Khayra

Hasya yang sudah berlari untuk menaiki kapal
Dalam kapal

Antara yang dipamerkan

Dalam kapal ada kapal


Saya berbisik kepada Mr. Hubby supaya menjadikan Muzium berbentuk kapal ini sebagai destinasi terakhir. Saya sudah terlalu penat untuk berjalan ke tarikan yang seterusnya. Oleh kerana saya dah penat, tetiba je dapat idea untuk mengelilingi tempat-tempat bersejarah dengan menaiki beca. 


pemandangan Menara Taming sari dari atas beca

Laluan bersejarah ke afamosa

Kami juga tak lupa mengambil gambar kenang-kenangan. 




Matahari semakin terik. Kepanasan dan rasa dahaga yang amat mendorong kami untuk mencari Coconut Shake di Jalan Klebang Besar.  






Tak susah nak mencari gerai ni. Berdekatan dengan Caltex. Untuk yang menggunakan GPS, kordinat adalah seperti berikut:


N 2 12.984E 102 12.292


Meskipun perlu beratur untuk mendapatkan Coconut Shake yang lazat, namun segala pengorbanan adalah berbaloi kerana minuman ini sungguh awesome!

bestnya!

Ada ice-cream dalam shake ni

Menghilangkan dahaga

Akhir kata, kalau nak makan asam pedas yang lazat (saya makan asam pedas ikan jenahak), anda boleh ke Gerai Hajah Rahmah di KM9, Bukit Katil.


banyak pilihan

Hati mula berkenan

Asam pedas jenahak

Kari kepala ikan

Memang sedap giler asam pedas dan kari kepala ikan kat sini! Lain kali saya akan datang lagi.

Sekian.

Kerang Goreng Kicap.. Resepi Simple & Sedap lagi.

$
0
0
Satu rumah saya ni memang suka makan kerang. Selalunya kalau beli kerang, saya akan rebus je sebab mudah dan lazat. Kalau terajin sikit, barulah saya masak sambal tumis. Tapi memang mencabarlah sebab kena kopek kerang tu satu persatu. 



Oleh kerana dah selalu sangat makan kerang rebus, hari ni saya nak nak kongsi resepi Kerang Goreng Kicap. Resepi ni memang simple, tak guna banyak bahan dan cepat je siap. Berebut-rebut Mr. Hubby dan Hasya makan (maksudnya, sedap sangat ler tu). FYI, saya goreng dengan kulit-kulitnya sekali. Barulah syok dorang mengopek kerang masa nak makan tu. Silalah cuba, memang simple dan sedap.

Bahan-bahan

1kg kerang - cuci jgn sampai berpasir, nanti makan pasir


1 labu bawang merah besar (hiris) - boleh letak 2 pun
2 batang cili merah (hiris)
2 ulas bawang putih (hiris)
2 inci halia (hiris)
kicap manis secukupnya
1sb gula
1sb sos tiram
garam secukup rasa

Cara-cara

Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan hiris sehingga layu. 



Masukkan kerang, kicap dan sos tiram. Kacau sebati. Masukkan gula dan garam. Kacau sekali-sekala sehingga kerang masak. Kalau kerang dah terbuka tu tandanya dah masak.



Nota: Tak perlu tambah air sebab kerang tu akan mengeluarkan air.

Dah siap. Sila makan dengan nasi putih.



Sekian.

Finally got my Le Creuset.. (it's on my wish lists!)

$
0
0
Dah lama sebenarnya saya impikan untuk miliki set memasak Le Creuset. Selama ni berharap supaya ada orang belikan. Tapi nampaknya takde orang belikan. Santa Claus pun tak datang untuk hadiahkan Le Creuset masa krismas :P

Justeru, kenalah beli sendiri. Happy sangat masa set ni sampai. Harap-harap nanti ada rezeki untuk lengkapkan set. 



Mini cocotes ni datang dengan buku resepi. 



Saya nak kumpul Cherry Le Creuset.



Tapi wish lists saya masih ada banyak lagi... beg, kasut, vacation, set pinggan bla bla bla bla... :) 



Sentiasa berharap ada orang hadiahkan etc etc.. Hmmm... kalau tak, kenalah beli sendiri.



Sekian.

Roti Arab cicah Kari Kambing..

$
0
0


Sebelum ni saya pernah post entry Step-by-step Roti Arab. Entry tu saya masak Roti Arab cicah dengan rendang. Hari ni saya buat Roti Arab lagi. Tapi kali ni dengan Kari Kambing. Dan kali ni juga saya buat satu adunan sebab takut tak cukup. Almaklum, kari kambing yang dagingnya berlemak-lemak perrghhh...

Buat Roti arab ni takdelah susah. Cumanya nak kena rajin sebab uli sendiri. Tapi tak susah ulinya, kejap je. Tak sakit tangan pun. Resepi yang sama saya ambil dari Sofinar di MyResepi. 

Bahan-bahan

2sb mentega
2sb minyak masak
2sb gula
300ml air suam
6gm yis (lebih kurang 2sk)
500gm tepung gandum

Cara-cara

Mentega, minyak dan gula dibancuh dengan air suam.




Tepung digaul dengan yis.




Campur kesemua bahan dan uli hingga kental dan licin.






Perap satu jam dalam plastik atau bekas kedap udara.




Selepas sejam, uli semula dan bahagikan doh kepada 18 bahagian. Bulat-bulat.


selepas sejam



Panaskan minyak. Canai doh nipis 0.4cm. Goreng dengan minyak banyak. Tunggu roti kembung baru terbalikkan. Angkat dan toskan.






Nota:  Gorenglah roti apabila kari kambing telah masak. Jadi, boleh makan panas-panas.

Mari sediakan Kari Kambing pula. Resepi ni saya inspirasikan daripada Dapur Mat Gebu. Cumanya, saya permudahkan lagi serta kurangkan sedikit bahan. Saya juga buat kari tanpa santan. 

Bahan-bahan

500gm daging kambing
1 biji kentang (boleh letak 2  biji kalau suka) - potong 4
1 biji tomato - potong 4
1 keping asam gelugur
sepeket rempah kari daging Babas - gaulkan dengan 1 cwn air

Bahan Kisar
5 ulas bawang merah (saiz sederhana)
3 ulas bawang putih
2 inci halia

Bahan Tumis
2 tangkai daun kari
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga

minyak masak secukupnya (kena letak lebih sikit supaya tak kering, almaklum tak guna santan)
garam secukup rasa

Cara-cara

Panaskan minyak. Tumis bahan tumis sehingga layu dan naik bau.




Masukkan bahan kisar. Kacau sehingga masak dan naik bau.




Masukkan rempah kari babas dan kacau lagi sehingga mendidih. Masukkan daging. Masukkan tomato dan asam keping. Kacau sesekali sehingga daging masak. Boleh tutup tudung periuk tapi jangan lupa kacau sekali sekala. kalau terlalu kering boleh tambah air dan tambah sedikit minyak.




Masukkan kentang dan garam secukup rasa. Juga boleh masukkan sedikit air. Kacau sesekali sehingga kentang masak.






Maka, masaklah kari kambing. Sila hidangkan dengan Roti Arab yang digoreng panas-panas.





Makan sehingga badan terasa panas.

Sekian.

Ketam Goreng Telur Masin yang Wow!

$
0
0
Kadang-kadang apabila berjaya masak resepi baru, saya pun jadi macam tak percaya. Sebabnya, kadang-kadang tu memang tak percaya boleh jadi. Terutamanya kalau rasa masakan yang dibuat tu menjadi sedap sangat. Dan, barulah rasa berbaloi mencuba sesuatu. Seterusnya teruja untuk terus mencuba dan mencuba.

Hari ni saya cuba masak Ketam Goreng Telur Masin. Nak cuba buat sendiri. Selalunya makan kat Adam lai je hehehe. Dan hasilnya, tadaa!



Nak menyediakannya tak la sesusah mana, cuma kena rajin la sikit. Almaklum, telur nak kena rebus dulu dan ketam perlu digoreng dulu. Bukannya main campak je semua ramuan dalam kuali. Tapi kelazatannya, hingga menjilat jari. Must try resepi dan apabila makan  ketam ni terasa seperti berada di restoran hehehe...



Terima kasih kepada Qaseh Honey atas perkongsian resepi berserta foto ketam yang cantik di blog beliau. 

Bahan-bahan

3 ekor ketam (bersihkan dan potong 2)
10 biji cili padi (saya potong 2 untuk rasa pedas sedikit)
2 tangkai daun kari (ambil daun sahaja)
2sb mentega
5 biji telur masin ( buang 3 putih telurnya)
1sk gula
3sb susu cair
2 ulas bawang putih (diketuk)
3sb tepung jagung
garam dan lada sulah secukup rasa
minyak untuk menggoreng ketam


Cara-cara

Rebus telur masin. Hancurkan (jangan lupa guna 5 kuning telur + 2 putih telur sahaja).

Ketam digaul dengan tepung jagung (saya letak sedikit garam dan lada sulah). Goreng sehingga ketam rangup dan masak.




Panaskan kuali. Masukkan butter. Tumis bawang putih, daun kari dan cili padi hingga berbau wangi.



Masukkan telur masin. Kacau seketika. Masukkan susu cair, gula, lada sulah dan garam (jangan banyak dah masin pun) secukup rasa. Kacau sekata sehingga berbuih.



Masukkan ketam. Gaul sekata. Tutup api dan boleh dihidang.




Makan dengan nasi putih. ratah begitu sahaja pun awesome sangat!



Happy!

Sekian.

Happy Birthday 2 Year Old... Miss Khayra

$
0
0

You maybe little in size, 
but you bring loads of happiness 
to everyone around you. 
I can't wait for the day that you old enough 
to read and understand this heartfelt wish 
on your birthday... Oct 9th 2013

Happy 2nd Birthday my dear Miss Khayra Aleesya!




Sepotong kek Praline Choc dari Komugi










Happiest Moment


Simple Party just 4 of us



Baby Alive for her




Loves her doll


A daughter is someone who reaches for your hand and forever touches your heart...

Menjenguk Monsters & Dinosaurs di Putrajaya

$
0
0
Hujung minggu kalau takde idea (memang selalu takde idea) nak pergi mana-mana, maka bolehlah lapangkan diri untuk menjenguk haiwan-haiwan prasejarah di Putrajaya. Almaklum budak-budak, terutamanya budak lelaki selalunya teruja dengan Dinosaur. Oleh yang demikian, marilah luangkan masa untuk ke Backyard Monsters and Dinosaurs di Marina Putrajaya.



Meskipun saya ada 2 girls, tapi Dinosaur tetap menjadi satu keterujaan buat my kids. terutamanya untuk si kakak yang dah besar tu. Nampaknya pameran Monsters & Dinaosaurs ini memang menambat hati budak-budak. 

kaunter tiket
(Khayra bermuka masam)


FYI, harga tiket masuk bagi dewasa ialah RM10. Manakala kanak-kanak RM6. Bawah 5 tahun (contohnya Khayra hehehe) adalah percuma. Jumlah bayaran yang kami bayar = RM26. 

jom2 dah ada tiket

Pameran ni dibuat dalam bangunan ye. Pencahayaannya agak gelap, maka kualiti foto agak kurang baik kerana saya guna note sahaja. Jom kita mulakan pengembaraan.

Peta


Tarantula menunggu pengunjung di pintu masuk.



Ada banyak spesis raksasa yang dipamerkan. Ada Apatosaurus, Tyrannisaurus, Dimetrodon, Triceraptors, Pachycephalosaurus (nak terbelit lidah), Stegosaurus, Basilosaurus dan Deinonychus. 



Apatosaurus


telur dinosaur









Kasut besar

Sepanjang pengembaraan Hasya memang teruja. Sesekali dia akan terkejut juga kerana kesemua raksasa ini ada pergerakan. 

Praying Mantis
Black widow


Scorpion


Walau bagaimanapun, Khayra berasa takut dan tak mahu jalan sendiri. Apabila melihat dinosaur yang bergerak dan mengeluarkan bunyi (adakah dipanggil ngauman?), Khayra akan menjerit ketakutan hehehehe... Nampaknya pameran ini bukan satu frightening entertainment untuk budak2 yang di bawah umur 5 tahun. Patutlah percuma.... :D


Khayra takut

Selain daripada melihat-lihat dan merasai ketakutan, anak-anak juga boleh mencuba beberapa peralatan animatronik. Makanya, boleh mencuba sendiri peralatan yang dicipta untuk membuat pergerakan dinosaur. FYI, Bahan-bahan pameran telah direkacipta di salah sebuah studio terkenal di Amerika Syarikat yang bertanggungjawab dengan pembikinan filem Hollywood, Honey, I Shrunk The Kids. 

Menggerakkan Black Widow






Menggerakkan sayap serangga raksasa


Akhir kata, kepada sesapa yang tak tau lokasi Marina Putrajaya, lokasinya adalah di Presint 5. Bersebelahan dengan Hotel Pullman Putrajaya. Pameran ini dibuka dari jam 10 pagi hingga jam 10 malam. Lama lagi tau pameran ni, sehingga 28 Februari 2014. 

sekian. 

Mee Udang Sungai Dua - Restoran Aur Gading (Terbaikkkk!)

$
0
0
Dah lama sebenarnya saya merancang nak ke Sungai Dua (Seberang Prai) untuk merasa Mee Udang yang hangat diperkatakan di blog-blog. Kalau tengok foto-foto yang dipaparkan, mak haihhh besar-besar sungguh udangnya. 

Akhirnya, kesempatan untuk merasai kenikmatan Mee Udang Sungai Dua ini muncul jua. Sempena cuti Aidiladha, kami singgah ke Restoran Aur Gading ini dalam perjalanan dari ibu negara ke Sungai Petani. 

Meskipun sepanjang perjalanan hujan turun renyai-renyai dan ada kalanya lebat di beberapa kawsan, kami tidak patah semangat untuk mencari Mee Udang idaman ini. Dan hasilnya....




Sungguh hebat persembahan Mee Udang ini. Mana taknya, apabila menempah menu, anda boleh pilih sendiri berapa banyak udang dan berapa besar udang yang anda mahu. 


Boleh pilih-pilih makanan laut

Sekiranya anda malas (seperti saya dan Mr. Hubby), anda boleh minta tukang masak yang pilihkan udang. Sekiranya tukang masak yang pilih, anda akan diberi tiga ekor udang yang besar dalam pinggan mee anda.




Anda juga diberi pilihan untuk order mee udang dalam satu mangkuk besar (boleh pilih untuk berapa orang) dan selepas tu ceduk sendiri dalam pinggan mengikut kemampuan makan. Tapi saya order sepinggan2 sebab saya percaya kelaparan kami membuatkan masing-masing boleh menghabiskan mee udang yang awesome ini. 

Oleh kerana Hasya sangat suka ketam, dia lebih teruja nak merasa mee ketam. Konsep mee ketam ni pun sama dengan mee udang, boleh pilih sendiri ketam yang anda sukai atau minta sahaja tukang masak pilihkan. 




Anda juga boleh order beberapa menu makanan laut yang lain. Kami order Sotong Goreng Tepung yang rangup dan lazat.




Pastinya, kami akan datang lagi. Mr. Hubby suka sangat dengan Mee Udang ni. Hasya pun berpuas hati sungguh dengan mee ketam.




Hasya yang happy


FYI, di Sungai Dua ni memang banyak Restoran/Warung Mee Udang, maka buatlah pilihan yang tepat ye. Kepada sesapa yang nak ke sini, alamat seperti di bawah:





Restoran Aur Gading, Mee Udang Sg Dua
Lot 228, Jalan Pangkalan Machang,
Titi Timbul, Sungai Dua,
13800 Butterworth, Penang.
Tel: 012-466 7967.


N5.43210 E100.43120


The End

Sekian. 


Ikan Merah Kukus Kicap

$
0
0
Makanan yang dikukus memang lebih sihat daripada yang digoreng. Jadi, sesekali tu kenalah masak masakan yang sihat ni. Hari ni saya masak Ikan Merah Kukus Kicap. Ala-ala masak kicap jugalah tapi versi kukus. 




Dan rasanya tidak kurang pun daripada masak kicap yang goreng tu. Sedap je hehehehe. Mr. Hubby kata, dia suka masak kukus kicap ni. Saya lagi suka sebab penyediaannya mudah. Main campak-campak je dan tak remeh. 

Bahan-bahan

3 potong ikan merah
2 biji tomato (belah 4)
1 biji bawang merah saiz besar (guna bawang besar pun ok)-hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1 batang cili merah - hiris
1/2 inci halia - hiris
sedikit serbuk lada hitam
1sk garam
2sb kicap manis
1/2sk gula
1 batang daun sup - potong kecil
sedikit minyak zaitun - kalau takde, renjis ler sikit minyak masak

Cara-cara

Letak ikan dalam loyang yang bersesuaian (tahan panas). Lepas tu tabur jelah semua bahan-bahan di atas dan renjis-renjis sikit dengan minyak zaitun/minyak masak.




Pastu panaskan air dalam periuk kukus dan kukus sehingga ikan masak. Kalau rajin boleh terbalikkan ikan lebih kurang 10 minit semasa mengukus. 


masuk dalam periuk
Dah masak


Resepi yang mudah, sihat dan lazat.




Enjoy.

A day at Zoo Negara (National Zoo).. Budak2 & MakPak reviews!

$
0
0
Hasya dah banyak kali menyebut nak ke Zoo Negara. Katanya nak tengok Harimau dan Gajah. Maka, Sabtu lepas, kami gagahkan diri untuk bawa budak-budak ke Zoo Negara. Ye, kami `gagahkan' diri kerana memang malas betul rasanya nak ke Zoo Negara. Almaklum, saya dan Mr. Hubby malas nak tengok rimau dan gajah hehehehe...



Zoo entrance


Jom tengok sebab-sebab anda perlu ke Zoo Negara:

1. Budak-budak boleh melihat sendiri pelbagai jenis binatang secara real.

2. Menambah kosa kata budak-budak seperti perkataan `Emu', burung unta, tenuk dan badak air.

3. Budak-budak akan berasa happy kerana ada aktiviti yang menarik (dorang la rasa menarik).

4. Budak-budak akan teruja di kawasan petting kerana dapat pegang arnab, kambing dan little pony.   

5. Budak-budak akan kagum melihat gajah yang besar dan zirafah yang sungguh panjang lehernya. 













Perasan tak sebab-sebab di atas tu semuanya budak-budak yang suka. Sekarang mari kita lihat kenapa Mak bapak tak berapa suka.

1. Harga tiket dewasa yang mahal. Harga tiket untuk seorang, RM30. Itu pun untuk warganegara. Kalau takde Mykad, RM50. Tiket budak-budak yang ada MyKid cuma RM10. Nampak sangat Mak bapak susah nak teruja dengan fakta ni.

2. Sudahlah mak pak kena bayar RM30 seorang, peta zoo tak diberi percuma. Kena beli dengan harga RM1. Cehhhh....

3. Mak Pak sudah semakin tak teruja kerana tram yang pusing-pusing dalam zoo tu kena bayar pula.. Haih... RM3 untuk dewasa dan RM2 untuk kanak-kanak. Kalau bukan warganegara, sila bayar dua kali ganda. 

4. Mak Pak semakin berpeluh-peluh kerana berjalan kaki jauh dalam cuaca yang panas. 

5. Mak Pak semakin rasa nak marah kerana pertunjukan haiwan hanya 2 kali sehari iaitu jam 11 pagi dan 3 petang. Sedangkan pengunjung sungguh ramai dan nak tengok animal show.







Akhir kata, sebagai Mak Pak yang prihatin, maka lupakan sahajalah rasa kurang senang di hati. Dengan harapan, wang yang dibelanjakan akan dapat menaiktaraf zoo dan memberi keselesaan tambahan kepada haiwan-haiwan di sini. Juga dapat menyemai rasa cintakan haiwan di hati anak-anak kita.



Is the elephant following me?



Ini baru benar-benar akhir kata: Hasya dan Khayra memang happy dan penat. Mak paknya pula, amat penat dan rasa nak merungut je hehehehe....

Sekian.    

Butter Moist Nutella Cake.. untuk hari jadi Afiza.

$
0
0
Hari ini 4 November 2013, hari jadi my colleague, Afiza. 




Oleh kerana dah lama tak mengekek, maka stok bahan-bahan mengekek juga adalah terhad. Maka, apabila kena mengekek, terpaksalah membuat kek yang paling simple. Selain daripada bahan-bahan asas, saya juga ada sebotol besar Nutella. jadi, Afiza akan dapat Butter Moist Nutella Cake untuk majlis hari jadi.


Nutella yang akan ditransform menjadi kek


Sila rujuk   link ini untuk panduan membuat Butter Moist Cake. Bezanya untuk mendapat Butter Moist Nutella, kenalah letak Nutella. Caranya, letak 2/3 adunan dahulu ke dalam loyang. Selepas tu letak 4-5 sudu besar Nutella atas adunan tersebut. Dan kemudian letak pula baki adunan kek atas lapisan Nutella.






Lepas tu bakar jelah macam biasa. Sehingga permukaan atas sedikit coklat dan kek masak. Lebih kurang 50-60 minit. 




Selepas kek masak. Paipkan lagi Nutella atas kek. Lepas tu saya tabur badam yang telah digoreng tanpa minyak atas Nutella tu. 




Dah siap kek hari jadi Afiza. Selamat Hari Jadi Fiza Zainal!




Oleh kerana Puan Fiza Zainal excited melihat kek yang moist ni, dia terlupa nak tiup lilin. Maka, potong kek dulu, baru tiup lilin. Apa la... hehehehe :D






Nota: Kek ni lagi sedap dimakan tanpa letak dalam peti sejuk. Kek ini juga boleh dipanaskan dalam microwave. Bau harum macam baru bakar gitu. 


Ini Cik Farah, PT baru di opis kami


Sekian. 

Program TalentX 2.0 di Harvard Jerai.. Part I (Episod Telur Oh Telur)

$
0
0
Entry kali ni, saya dedikasikan untuk rakan-rakan, urusetia dan semua yang terlibat menjayakan Program Pemecutan Kepimpinan TalentX 2.0 selama 5 hari 4 malam di Harvard Hotel Jerai. Nampaknya, tak sampai langkah saya nak ke Harvard Massachusetts. Kiranya, dapat ke Harvard Jerai pun dah ok sangat ler ni. Ada rezeki, masa akan datang harap-harapnya, dapatlah berkursus di Harvard MA hehehehe..

Pada mulanya apabila mendapat tahu yang program ini akan diadakan di Harvard Jerai, saya dah mula tertanya-tanya. Kenapa Harvard Jerai? Di mana Harvard Jerai? Meskipun,  rumah my Mom di Sungai Petani, namun saya tak pernah mendengar nama Harvard Jerai. Justeru, rasa suspens mula melanda.

Dipendekkan cerita, petang 6 November 2013, akhirnya sampai juga saya di perkarangan Harvard Jerai, atau dikenali dengan nama Harvard Suasana Hotel. Agak jauh juga perjalanan untuk sampai ke sini, lebih-lebih lagi kerana terpaksa menaiki teksi dari Airport Penang. Hotel ini tidak berapa besar. Memasuki ke kawasan hotel, mata mula bertukar hijau kerana terbentangnya Padang Golf yang sungguh luas.


Harvard Suasana Jerai


Saya dapat bilik di tingkat 2 dan itulah tingkat yang paling tinggi sekali. 


kunciku
pemandangan kolam renang


Selepas mendaftar masuk ke bilik penginapan, saya terus ke Dewan Kenanga untuk menghadiri sesi pertama. Maka, bermulalah program TalentX 2.0. Program ni terbahagi kepada beberapa sesi termasuk lecture dan juga lawatan. Speaker pertama untuk program ini ialah Encik Ahmad Badruddin. Sesi dengan Encik Bad adalah lebih kepada sesi perkenalan dan bermesra-mesraan.


Sesi Encik Bad


Justeru, daripada tak kenal, kami mula berkenalan dan mengenali antara satu sama lain.


Yang muda kena minta maaf kepada yang tua.


Kami juga diuji tahap ketenangan masing-masing. Dan juara bagi individu paling tenang ialah Leftenan Jehan dari TLDM. 


Final untuk mencari individu paling tenang antara
Left. Jehan dan Puan Shuhadah


Paling menarik, kami turut memberikan ekpresi mengenai rakan-rakan baru  kami. Justeru, penilaian adalah berdasarkan wajah dan perlakuan masing-masing. Maka, ada di antara rakan-rakan yang mendapat ekspresi yang luar biasa seperti `ganas' dan `gagah' hahahahaha... :D


Tulis-tulis

Dah macam beratur pulak nak tulis komen
Sesi bersama Encik Bad.


Sesi seterusnya bersama Dr. Khairuddin Idris. Selain daripada lecture, kami ada aktiviti menganyam telur. 


Cik Tikah membawa telur-telur


Setiap kumpulan dibekalkan 3 biji telur, straw dan sedikit (serius sikit giler) pita pelekat untuk membungkus telur. Haih, kenapa pulak nak bungkus telur ni?


Kumpulan 3 sedang tekun

Kapten Faris dengan reka karyanya

Ijan

Ketupat?

Iqbal dan Liey 


Sebabnya, selepas ini telur-telur tersebut akan dijatuhkan ke bawah. Untuk menang, ketiga-tiga telur tu tak boleh pecah. Maka, bertungkus-lumuslah semua kumpulan membuat reka cipta masing-masing untuk menyelamatkan telur-telur. Mari kita lihat rekacipta-rekacipta setiap kumpulan. 


Kump. 1

Kump. 2

Kump. 3
Kumpulan 4

Seterusnya, sesi `tak sabar' nak tengok telur-telur dijatuhkan.


Iqbal,  Kapten & Ijan mengambil tempat untuk menjatuhkan telur

Kapten dengan balingan mesranya

Tak pecah

Iqbal pula dengan balingan sopan-santun

Juga tak pecah


Oleh kerana pada mulanya keputusan terikat (seri) antara kumpulan 2 dan kumpulan 4 (dua kumpulan lain sudah pecah). Maka penjatuhan telur dari lokasi yang lebih tinggi diadakan di antara dua kumpulan tersebut. 


Lebih tinggi

Aiseh, pecah sudah....


Dan tahniah kepada Kumpulan 2 kerana ketiga-tiga telur anda semua, tidak pecah. 


Prototype yang tidak pecah. Tahniah!


Bersama Dr. Khairuddin


Bersambung di Part II.    
Viewing all 281 articles
Browse latest View live